Posts

REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA

Image
UNIT 9: REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA  PENSYARAH: DR. ZAINI BIN ABDULLAH 9.1 KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM. Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Falsafah ini bermatlamat  bagi melahirkan warganegara yang berpengetahuan,berketerampilan dan tanggungjawab dalam segala bidang  serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk kurikulum? Reka bentuk kurikulum: suatu alternatif prosedur dalam merangka (designing),menerapkan (implementation) dan menilai (evaluation) suatu kurikulum . Apakah yang dimaksudkan dengan model kurikulum ? S esuatu yang menjadi rujukan bagi membentuk kurikulum untuk sesuatu mata pelajaran atau kursus baharu yang ditawarkan di institusi pendidikan. Model dikatakan ialah entiti yang mengandungi...