UNIT 9: REKA BENTUK KURIKULUM MALAYSIA
PENSYARAH: DR. ZAINI BIN ABDULLAH
9.1 KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK
DAN MODEL KURIKULUM.
Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi pelajar secara menyeluruh bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Falsafah ini bermatlamat bagi melahirkan warganegara yang berpengetahuan,berketerampilan dan tanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.
Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk kurikulum?
Apakah yang dimaksudkan dengan model kurikulum?
Sesuatu yang menjadi rujukan bagi membentuk kurikulum untuk sesuatu mata pelajaran atau kursus baharu yang ditawarkan di institusi pendidikan.
Model dikatakan ialah entiti yang mengandungi beberapa komponen.
model rasional atau objektif tyler dianggap sebagai model klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum.
Terdapat empat soalan asas terhasil daripada membentuk sebuah kurikulum;
1. Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai ?
2.Apakah pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektif?
3.Bagaimana pengalaman pembelajaran disusun untuk pengajaran berkesan?
4.Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat dinilai?
9.1.1 Model-model kurikulum
9.1.2 Klasifikasi model reka bentuk kurikulum
Klasifikasi | Pelopor | ciri-ciri |
Model rasional | | Logik linear. Tujuan ditentukan Cara diusahakan Matlamat ditetapkan
|
Model berkitar | Wheeler Nicholls & nicholls Mac Donald
| Logik dalaman saling berkait: Menekankan penyelesaian masalah & saling hubungan sistem |
Model dinamik | Zais Walker & skillbeck Saylor & Alexander Goodlad
| Logik linear. Integrasi pelbagai pembolehubah dasar dan pembolehubah komponen |
9.2 ORIENTASI DAN POLA REKA BENTUK KURIKULUM
9.3 TEORI-TEORI MENDASARI REKA BENTUK KURIKULUM
Teori Pembelajaran
- Perkembangan kurikulum adalah selaras dengan berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran.
Perbandingan teori pembelajaran dalam pelaksanaan kurikulum
dan pengajaran.
Perbandingan Teori-teori Reka Bentuk Kurikulum
Komponen | Teori Disiplin Mental | Teori Saintifik | Teori Fungsi | Teori Berasas Sekolah |
Pelopor |
| Bobbit | Durkhem & Parson | Dewey, MacDonald, Saylor & Alexander |
Logik | Psikologi indera | Pengeluaranbarang industri | Fungsi sosial dalam sistem masyarakat | Morfogenesis-konflik struktur sosial |
Fungsi | Sekolah adalah untuk membina perkembangan otot akal dan kurikulum berfungsi untuk memperhalus keupayaan otot tersebut | Untuk memproses murid supaya menjadi output yang bersedia & berupaya memikul peranan masing-masing dalam kehidupan | Untuk memasyarakatkan kanak-kanak untuk menghayati ciri sejagat budaya serta diorientasikan kepada pelbagai nilai | Untuk mengukuhkan golongan dominan |
Liputan Kurikulum | Adalah untuk memuatkan pengetahuan untuk dipelajari bagi menguatkan otot akal | -Mengadakan aktiviti yang dikenalpasti wujud dalam kehidupan manusia -Aktiviti dikelaskan mengikut disiplin ilmu yang releven | -Memuatkan budaya umum & khusus -Mewujudkan peluang pekerjaan dari masa ke semasa | Kurikulum sebagai alat ideologi melemahkan golongan penyanggah |
Pembahagian Kurikulum | Tidak Berlaku | Setiap orang melakukan aktiti yang selari dengan kelas sosial masing-masing | Kurikulum dibahagikan kepada beberapa bidang untuk melahirkan tenaga terlatih | Kurikulum sebagai alat kawalan sosial & mengekalkan keuntungan golongan dominan |
KOMPONEN | TEORI DISIPLIN MENTAL | TEORI SAINTIFIK | TEORI FUNGSI | TEORI BERASAS SEKOLAH |
REKA BENTUK KURIKULUM | -Tidak berlaku | -aktiviti hendaklah dirancang dengan melibatkan sub aktiviti yang terperinci. -bolehkan murid belajar sendiri. -dilakukan menerusi operasi dan guru boleh mereka bentuk kurikulum sendiri. | -kurikulum rasmi mesti mendefini tingkah laku,budaya, norma dan nilai. -kurikulum mestilah sempurna dan lengkap kerana dilaksanakan dan dipatuhi. | -teori analisis;ditentukan oleh kuasa dominnan peringkat Masyarakat institusi dan instruksi. Seimbang kuasa dominan dan penyanggahan (goodlad 1972) -teori hegemoni; dilaksanakan oleh guru sebagai penyelesaian konflik ke atas kurikulum rasmi. |
PERKEMBANGAN KURIKULUM | -Tidak berlaku | -Tidak berlaku manusia dibekukan | -perlu kemahiran bagi melaksanakan pekerjaan -bersedia berubah mengikut perkembangan teknologi. | -dilaksanakan institusi rasmi yang dikawal oleh golongan dominan. -golongan ini akan benarkan dan sahkan orang dan organisasi tertentu untuk menjalankan proses perkembangan kurikulum. |
KRITIKAN | -menyebabkan teori ini tidak sempurna -akhir abad ke19 teori ini dipinggirkan | -manusia dibekukan dalam kotak sosial masing-masing. -tidak berlaku yang menyebabkan teori tidak sempurna. | -pendidikan berkembang pesat tetapi peluang pekerjaan semakin tipis. -perkembangan teknologi menjadi punca tenaga manusia kurang digunakan. | -teori lengkap kerana mengandungi liputan dan sebagainya. -konflik berlaku menyebabkan kurikulum semakin mantap. -reformasi Pendidikan berlaku perubahan terhadap kurikulum. |
9.4 PRINSIP PENYUSUNAN REKA BENTUK KURIKULUM
PRINSIP | ULASAN | CONTOH |
KESINAMBUNGAN | -Pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai mestilah dikuasai murid. - Kurikulum sempurna mempunyai kesinambungan yang lancer -objektif atau kandungan yang penting mestilah sentiasa diulang dan didedahkan. | Peringkat ilmu |
URUTAN | -jumlah timbun-tambah ilu,kemahiran dan nilai. -menyarankan pembelajaran secara berterusan dan berturutan berdasarkan pengalaman supaya dapat mempelajari sesuatu dengan lebih dekat. | Tambahan ilmu secara berterusan |
INTEGRASI | -pengalaman pembelajarn dijadikan hubungkait supaya lebih bermakna dan menyeluruh. -integrasi merupakan elemen merentas kurikulum: Bahasa,ilmu,kemahiran,nilai,teknologi,dan sebagainya. | Pengalaman pembelajaran |
SKOP | -keluasan dan kedalaman sesuatu kurikulum dan pengajaran. -berkait dengan tahap Pendidikan yang membolehkan murid menguasai kandungan tersebut mengikut tahap dan kognitif. | Pendidikan dan kognitif |
IMBANGAN | -merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan untuk diagihkan kepada murid bagi menguasainya. | Agihan kesepadanan dan kepadatan kandungan |
9.5 MODEL KURIKULUM RASIONAL OLEH TYLER (1949)
9.5.1 Empat langkah/persoalan
9.5.2 Pengertian Pengalaman Pembelajaran
9.5.3 Ciri-ciri
9.5.4 Pelaksanaan kurikulum
9.6 PRINSIP OPERASI KURIKULUM KEBANGSAAN
9.6.1 Perancangan Kurikulum
9.6.2 Pelaksanaan Kurikulum
9.6.3 Penilaian Kurikulum
Comments
Post a Comment